![](http://4.bp.blogspot.com/-hPkZWp33W_s/TfMtSJsfwnI/AAAAAAAABAk/nFb82lzeJcA/s1600/bihapunyaa.png)
Bulan Teknik Dan Vokasional dijalankan pada bulan Julai setiap tahun.Panitia yang terlibat terdiri daripada Panitia Kemahiran Hidup,Panitia Perdagangan,Panitia Prinsip Akaun,Panitia Reka Cipta,Panitia Ekonomi Rumah Tangga,Panitia ICT dan Panitia Matematik Tambahan.
Pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum akan dijalankan yang melibatkan guru-guru dan murid murid dalam bidang teknik dan vokasional khususnya dan warga SMK Taman Seraya.Antara Objektifnya ialah :
- Memupuk minat murid-murid SMK Taman Seraya untuk menceburi bidang Teknik dan Vokasional seperti perniagaan,mereka bentuk barangan,rekaan fesyen dan sebagainya.
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti tekun berusaha,berdikari,berjimat-cermat dan sebagainya di dalam diri murid,guru dan agensi luar.
- Memberi peluang kepada pelajar memperkenalkan reka bentuk produk umum.
- Memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan di peringkat sekolah,daerah dan negeri,selaras dengan hasrat JPS untuk memastikan perlaksanaan semua aktiviti kokurikulum Teknik dan Vokasional yang ditetapkan di peringkat daerah,negeri dan Kebangsaan dilaksanakan.
Pelbagai Aktiviti yang diadakan.Antaranya ialah :
- Pertandingan Kuiz Pengguna DHL
- Jualan Anak Pokok
- Kuiz Perdagangan
- Kuiz Matematik Tambahan
- Pertandingan Projek Tambahan Tingkatan 5
- Teka Bilangan Paku Panel
- Kuiz Prinsip Akaun
- Teka Silangkata Prinsip Akaun
- Pertandingan Reka Fesyen
- Pertandingan Poster Alatan Tangan
- Pertandingan Rekabentuk Bahan Terbuang
- Kuiz Kemahiran Hidup
- Pertandingan Blog
- Pertandingan Folio Bumi Hijau
- Lakaran Robotik 3D
- Lawatan ke Unit Benih Dan Bakan,MARDI
- Penanaman Pokok Nenas